IM TALK A LOT . IM EAT A LOT . KPEACE .

Resultku bukan resultmu

Kipas siling berputar ligat semacam halilintar , aku perhati jam dalam-dalam mahu saja aku lajukan jarumnya kalau bisa terus keesokan hari maka tidaklah aku rasa begini , cacing kepanasan . Senak perut mencengkam kedada turun ke bontot . Bapak ah time ni memang ah rasa nak terberak kua dah dekat sangat dengan suapende . Puaka .

Orang bajek cam gua apadahal duduk goyang kiki . Dengan muka sombong , bagi pandangan jeling padu pada si adik yang terjerit sana terjerit sini . Maunya aku terkam dia bagi penampo biar dia rasa apa aku rasa . Siaran tv semua cerita sedih , gabra aku . Terbayang bayang mungkin aku bakal menangis terguling2-guling bak drama swasta apekejadah dalam tv . Baru gua sedar , apa kesan buruk telibisen yang dok gua puja gua sanjung bagai minyak yang penuh selama ni . Ah metafora .


Tido sebentar . Berlagak sabar . Tersadar ketika jam menginjak ke angka 2 . Teraba-raba dalam gelap . Aku on lappy . Ah ketika ni memang senaknya menusuk nusuk kalbu . Kalau bisa aku bagi makhluk lain rasa penangannya , aku mahu kongsi rasa ini dengan comot , si kucing tua . Kerana bimbang jikalau aku bakal mati dihambat bau kentut sendiri akibat pintu bilik serta tingkap tertutup rapi , aku tahankan jua rasa senak perut yang menggodam godam ni . Syaiton penuh satu bilik , kuahajoooo betol . Padanlah , belum solat isya' .

Aku bergegas solat . Selepas raup wajah , aku terhingat segala dosa . Ciss kalau semuanya rendah rendah dan alahai belaka semua kerana dosa sendiri . Pusing kepala . Insaf , terlambat . Macam bodoh aku rasa kalau saat genting baru nak insaf , idoklah gituwwwww . Ah abaikan ni semua angkara syaiton perosak suasana .

Tangan terketar ketar . Sejuk kemain cam aisebox . Maunya aku jerit sekarang ini . Cari nahas . Bakal aku dikejar ayah keliling rumah .

Sign in email

Password

Inbox

Slip result Uitm Semester 2011

Gedebak gedebum

Prang pung pang

Dup dap dup dap dup dap

Hehoheho Alhamdulillah , thanks to Allah .

Walaupun idoklah flying colours kebenau , ehem bisa lah buek den sambung study seterus-terusnya . Oleh kerna tak pernah nak tulis blog dalam bahasa omputih hamek kau benda tu lah yang musnah kan segala kebendanya . Memang haram kejadah diri sendiri , bila nak pandai sepikingggggg . Practise makes perfect . Kihkih konon .

Pertamanya terima kasih Allah . Terima kasih Parents , lecturers yang kerap hulur kan tangan ringankan beban bagi tutorial . Rerakan yang bersusah payah berhempas pulas bersama . Serta semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidokk . Hoi apahal ucapan cam menang Anugerah Skrin 2011 . Boleh blah la Alyaa . Lempang diri sendiri . Gila

Tahniah berbakul-bakul kepada semua student Uitm usaha tawakal mulia untuk segala keputusannya . Teruk ke baik segalanya Allah dah tentukan untuk kita . Jangan bersedih jangan berbangga Dia lebih tahu yang terbaik untuk setiap hambanya . Peace .

With loves with faten ten keten omey my baby omey omey kan dia atototo .
Kejadah tetiba ah .

Assalammualaikum

Walaupun gembira , tercalit sedikit sedih bergumpal di dada . I'm still not the perfect one , but i've tried . Biar kupendam ah ah ah .

Anak Pak Jamil main kaca , terima kasih sudi baca :)