IM TALK A LOT . IM EAT A LOT . KPEACE .

Hati

Assalammualaikum.





Hai tika ini aku masih pada papan keyboard menai-nari mencari perkataan yang mampu terluah dari lubuk hati dan sedikit rasa emosi. Metafora sungguh bukan? Senyap sunyi diam. Jarum jam menginjak ke angka 1.29 pagi. Aku masih belum tidur. Ya iyalah, kalau dah tidur tak mungkin aku menulis lagi kan? Entah apa aku fikir yang pasti mengantuk belum datang. Jangan suruh aku kira jumlah biri-biri, aku pasti sia-sia. Sekarang kiranya masa cuti bukan masa mengira. Ok cukup mengarut kosong.

Cerita soal hati takkan pernah habis, kata kawan aku. Ya dan aku cepat mengiyakan. Tipu kalau tak kata rasa hati sering hantui diri sendiri bukan? Cuma macamana cara kita selesaikan. Terus meratapi rasa hati atau sibukkan diri dan membiarkan soal hati terus mati. Kan mudah... Mudah? Ye cakap memang mudah.

Tak semestinya rasa sayang dari hati lahir untuk mereka yang berlainan jantina yang bukan mahram kita yang kononnya "the other half" bak kata ayat urban sekarang. Kembali kepada fitrah. Sucikan hati. Siapa Pencipta? Siapa mencipta kau dan hati? Ye, Dia. Makanya, isikan hati dengan Dia. Kau tahu Dia tak pernah mengecewakan kau dalam setiap rencananya. Mungkin kadang yang dihajat tidak menjadi tapi adakah kau tahu Dia seding merencana yg lebih baik dari rancangan kau? Terima dan ikhlaskan hati. Dia yang memberi hati. Dia yang melancarkan rencana. Dia yang meredhai satu ikatan hati. Dia, Yang Maha Pencipta. kembali pada dia. Dia akan beri rasa dan pasangan bila Dia pasti kau benar sedia. Allahu.......


Jika sebelum ni kau terlalu mengejar gaya hidup urban. Nak berpasangan nak rasa punya teman makan disuap tonton wayang sekali sampai ke bazar Ramadhan pon perlu bermesra sana bermesra sini. OPSS! (Semoga kita terhindar dari yang ini) Ya jika kau selalu meratapi nasib ditinggal sang arjuna atau bidadari hati berhentilah. Lapkan airmata. Pernah kau menangis saat mak kau bagi wang belanja yang mungkin wang terakhir ada dlm dompet dia? Pernah kau menangis saat sang ayah ditimpa hujan mengejar waktu kerja? Pernah kau menangis kerana kakak atau mjungkin abang kau risau kau tak pulang hingga lewat senja? Pernah? Mungkin pernah tapi jarang. Soal hati balik pada keluarga. Isi hati dengan mereka. InsyaAllah kau takkan rugi.

Isi hati dengan kawan. Ya selama kau hidup kau pernah dengar kosa kata "EX-FRIEND"? Oh bersoraklah kau jika kau ada. Kau dalam golongan manusia yang rugi. Sehingga kawan kau tinggalkan. Sedih kan? kata orang kawan ketawa mudah dicari  kawan menangis har har har harapan.... Ntah mungkin aku tergolong dlm golongan bernasib baik ada kawan susah dan senang, Formula mudah, kau ada saat kawan kau susah insyaAllah saat kau susah dia tetap ada dengan kau jugak. Kau berbakti kau dapat. Kau baling taik sikit lagi kau kena berak balik. Burung terbang merata bila-bila kau boleh dihujani taik. Easy? 

Tapi tipu tak ada rasa untuk berpasangan, Ekhem ekhem kan lumrah manusia hidup berpasangan. Ceh ayat cliche. Soalnya kau dah ready berpasangan, kau dah ready nak tampung kekecewaan? Ye tepuk dada jawab sendiri. Kalau kau dah cukup penuhkan hati dengan yang atas ni tunggu apa lagi ye dak? Tapi tu pun ikut kemampuan. Hah kau mampu? Mampu bagi komitmen? Kalau dulu balik lambat watlek watkul sekarang "the other half" dok mebebel suruh pulang awal.Kalau dulu tweet dengan kawan lain jantina tadahal tapi sekarang semua kena kawal. Tu antara komitmen dan komitmen setiap org lain. Sekali lagi, kau mampu? Yang penting mintak pada Dia, kalau kau dah punya yang bisa buat bahagia semoga kekal selamanya. Semoga kalian diberikan ketabahan hati, rohani dan jasmani untuk terus berkomitmen. Yesssza!

Bagi aku sendiri belum masanya. Tpi kan dah kata jodoh ni rahsia Ilahi mana tahu tetiba ada berkenan di hati. Ekhem. Bai!


P/S: Orang kata jodoh tak mengira tempat dan waktu. Sempena Ramadhan bazar Ramadhan destinasi paling kerap aku tuju agak-agak boleh dapat jodoh tak dari situ? Hmmm. Ihiks!

Anak Pak Jamil main kaca , terima kasih sudi baca :)