IM TALK A LOT . IM EAT A LOT . KPEACE .

Ujian

Assalammualaikum.


Setelah beberapa lamanya, akhirnya aku jumpa masa dan keadaan yg sesuai untuk aku menaip kembali. Entah mungkin dah sarat terbuku dalam hati, makanya aku kembali lagi dalam arena ini. Hm itulah aku. Menulis berhenti berhenti berhenti berhenti dan kembali menulis ikut suka hati. Hehe.


Ujian. Siapa yang hidupnya tidak diuji? Mustahil. Semua tak terlepas. Sedikit sebanyak semua tetap diuji. Sudah diketahui fitrah azali kita hambaNya. Hamba yg dikasihi menguji untuk menduga sekuat mana kekuatan diri. Cuma kadangkala diri terasa sangat lemah jatuh menyembah bumi tak jumpa tangan untuk digapai agar bisa bangun kembali. Itulah diri. Lemah! Ye aku sendiri benci diri sendiri yang sangat lemah dengan ujian silih berganti ini. Jujurnya, aku benar berharap masih tersimpan kekuatan diri dicelah-celah laluan yg aku hadapi, Semoga ada. 


Ye aku menulis ini pada hari kelima Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan menjengah kita lagi. Dan Alhamdulillah aku masih bisa bernafas atas bumi Allah yang Maha Hebat untuk Ramadhan kali ini. Besar maknanya. Tersemat dalam hati moga Ramadhan kali ini tidak sama dengan Ramadhan aku yg sebelum ini. Aku sendiri menyesali diri kerana mempersiakan detik Ramadhan sebelum ini. Malu dengan diri. Tapi tidakkah kita sering diajari bahawa masa lalu adalah perkara yg paling jauh dengan diri? kerana itu, berhenti menyesali dan semoga perkara lampau jadi pengajaran diri. 


Jujurnya detik ini aku berasa sangat lemah dengan ujian yang menghimpit. Tak tahu dekat mana nak cari tempat bersandar nak cari tangan yang perlu digapai. Entah. Kosong. Jika perkataan "Be Strong" dan "Semoga Kuat" bisa benar buat aku kuat. Sudah lama aku hadam. Melalui hari-hari kosong. Entahlah kenapa aku juga benci diri yang lemah ini. Banyak kesalahan masa lampauku, mungkin Dia sedang menguji. InsyaAllah "All is well".


Oh dan aku akan kembali kepada tugas sebagai seorang pelajar pada September ini. Segalanya tak aku sedia. Aku tak tahu mana nak mula. Kau tahu seorang aku yang sangat manja sebelum ini bila di biar berdiri sendiri maka aku jatuh menyembah bumi. Sabarlah diri. Dan ada juga beberapa kata-kata menusuk tajam pangkal hati aku, contohnya mereka yang mempersoalkan tempat belajar aku. Jujur aku sangat happy bila dapat pilihan pertama aku. Aku ada sebab tersendiri kenapa itu yang aku pilih. Dan aku tak mohon biasiswa, jika aku bisa beli masa dan kekuatan sudah aku mohon segala biasiswa. Tapi biarlah. Biar orang terus dgn mulut mereka. Hanya aku tahu mengapa dan kenapa. Pesan mama, sabar.....


Menulis di sini maksudnya sengaja biar air mata merembes di pipi. Sampai sini, Salam Ramadhan dan Jaga diri. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan mendapat barakah. JOM KEJAR PAHALA!


Wslam.
Anak Pak Jamil main kaca , terima kasih sudi baca :)